Kosa kata bertema Bahasa Malaysia Prasekolah adalah
berdasarkan Web tema yang telah dirancang.
Namun begitu bagi saya, kita tidak perlu fokus terlalu
banyak kosa kata , cukup sekadar 10 suku kata dalam seminggu. Ini kerana dalam
web tema ianya harus selari dengan tunjang-tunjang yang lain terutama untuk
tunjang Bahasa Inggeris.
Tema-tema juga ditentukan berdasarkan persekitaran murid dan
perkaitannya dengan pengetahuan sedia ada mereka.
Sepertimana dalam modul teras, teknik dan proses penguasaan sesuatu
kosa kata dalam modul bertema juga adalah
berdasarkan bacaan latih tubi dan suku
kata yang hendak diperkenalkan sebaik-baiknya digabungkan dengan teknik
bergambar bagi memudahkan kanak-kanak mem buat perkaitan.
Contoh kosa kata berdasarkan tema;
Tema : Anggota Badan
(mata, kuku, hidung,kaki,tangan,
telinga, kepala, rambut, dagu, lidah, jari, kening, pinggang, paha, dada,lutut)
Tema: Keluarga Saya
(bapa, emak, abang,
adik, kakak,nenek,datuk )
Tema:Alat tulis
(pensel,buku,
pemadam, pembaris, beg, bekas pensel, pensel warna, kertas,pen, marker)
Tema: Sayur-sayuran
(kobis, sawi,
kangkung, kacang panjang, bendi, tomato, bawang merah, bawang putih, terung,
kentang)
Tema: Buah-buahan
(rambutan, durian,
langsat, duku, betik, mangga,limau, kelapa, pisang, manggis, oren,mata kucing,
anggur,epal,strawberi,nona)
Tema: Bunga-bungaan
(bun ga raya, bunga
ros, bunga dahlia, bunga rajawali, bunga teratai, bunga kertas, bunga matahari)
Tema : Kelas Saya
(meja, kerusi, papan
tulis, kipas, bakul sampah, pemadam papan tulis, papan putih, papan notis, jadual
waktu, penyapu, almari, meja guru, buku, carta)
Tema : Sekolah Saya
(bilik guru, dewan,
tandas,kelas, padang,perpustakaan, makmak komputer, kantin, pusat sumber,
makmal sains, surau, rumah guru, taman permainan, kelas prasekolah, astaka,
pentas)