Wednesday, October 31, 2012

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Guru

Monday, October 22, 2012

Pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia Komunikasi Prasekolah.



Pengenalan:
Salam 1 Malaysia. Blog ini akan memuatkan  satu topic dalam  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia Komunikasi Prasekolah. Topik yang menjadi pilihan saya di sini ialah Buah-buahan Malaysia. Sila klik menu P & P untuk paparan yang seterusnya.

 

Menu:
1.       Rancangan Mengajar Harian pendekatan bertema (Buah-buahan)
2.       Bahan bantu mengajar Power Point (Buah-buahan Malaysia)
3.       Lagu Bertema Buah-buahan.
4.       Gambar aktiviti pembelajaran dan pengajaran prasekolah.
5.       Video aktiviti seni berbahasa
Definisi Pembelajaran.
Pembelajaran merupakan satu  proses perubahan tingkah laku terhadap sesuatu perkara yang baru atau penghasilan tindak balas yang baru yang mampu dikekalkan oleh seseorang .
Di sini dikemukakan  dua definisi berdasarkan dua pendapat tokoh;
Robert M.Gagne (1970) dalam  The Condition Of Learning” . Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh pertumbuhan”
Woolfolk(1980) dalam “ Educational Psychologi for Teaching”. Pembelajaran  dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas baru.

Definisi Pengajaran
Pengajaran merupakan suatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan murid-murid di bawah bimbingannya. Pengajaran merupakan satu aktiviti terancang yang sistematik dan teliti. Terdapat pelbagai kaedah untuk melaksanakan pengajaran agar proses pengajaran yang berlaku dapat memberi bimbingan, menjadi penggalak dan dapat memotivasikan murfid untuk mengambil inisiatif untuk belajar dan mempelajari sesuatu bagi memperolehi ilmu pengetahuan dan mengusai kemahiran.

               
Apa itu Tunjang Bahasa Malaysia Komunikasi Prasekolah.
1.       Bahasa Malaysia merupakan salah satu tunjang komunikasi dalam pendidikan  di prasekolah dan ianya merupakan salah satu tunjang yang wajid dipelajari oleh semua pendidikan prasekolah di Malaysia. Ini kerana semua sukatan pelajaran untuk prasekolah diseluruh kerajaan dan bukan kerajaan menggunakan kurikulum yang sama iaitu Kurikulum Standart Prasekolah kebangsaan yang telah dilaksanakan bermula pada tahun 2010.
2.       Bahasa Malaysia komunikasi merupakan sebahagian daripada modul asas. Secara umumnya modul asas Bahasa Malaysia Komunikasi bertujuan untuk penguasaan literasi awal 4M iaitu membaca menulis mengira dan menaakul.
3.       Mengikut jadual cadangan peruntukkan waktu modul asas bagi Bahasa Malaysia komunikasi ialah 90 minit seminggu untuk semua sekolah. Sementara untuk modul bertema Bahasa Malaysia komunikasi diajar lebih kurang 30% daripada masa pembelajaran dan pengajaran yang merangkumi elemen-eleman dalam keenam-enam tunjang termasuk bahasa, pendidiksn morall dsn mstematik.
4.       Sejak  Kurikulum Standart Prasekolah  Kebangsaan diperkenalkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia Teras dan bertema diajar secara terpisah tetapi tetapi boleh disepadukan dlam proses pembelajaran dan pengajaran. Ini dilakukan bagi memudahkan guru merancang denagn teliti untuk pembelajaran dan pengajaran literasi dengan cara yang lebih berkesan dan sistematik.
5.       Pembelajaran dan pengajaran di kelas prasekolah adalah berdasarkan kepada prinsip Amalan bersesuaian dengan Perkembangan kanak-kanak dan teori pembelajaran kanak-kanak. Terdapat beberapa pendekatan yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran diprasekolah antaranya ialah pendekatan pembelajaran berpusatkan murid,inkuiri penemuan, belajar melalui bermain, pendekatan bertema dan pendekatan bersepadu. Pemilihan aktiviti member keutamaan kepada pengalaman yang menyubuka(enriching),penglibatan aktif (engaging), selamat (safe) dan menyeronokkan (fun)
6.       Fokus utama dalam tunjang komunikasi Bahasa Malaysia ialah menekankan tentang kemahiran berbahasa dan seni bahasa. Kemahiran bahasa terdiri daripada kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Seni bahasa pula merujuk kepada keupayaan murid  mengungkap keindahan bahasa  melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama, sajak, pantun dan bercerita.

DEFINISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Rancangan Mengajar Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH  (BAHASA MALAYSIA BERTEMA)
Tema: Buah-buahan
Tajuk:  Buah-buahan Malaysia
Tarikh    : 28. September .2012
Hari        : Jumaat
Masa     : 40 minit (0830-0910)
Bilangan Kanak-kanak: 16 orang.
Tunjang : Modul bertema Bahasa Malaysia komunikasi
Tunjang Utama:
(BM1.1.13) Mendengar dan memberi respon terhadap perbualan, permintaan dan lagu.
(BM3.7.1) Membaca ayat tunggal yang mudah dengan bimbingan
(BM 4.2.7) Menyalin ayat dengan cara yang betul
Tunjang yang disepadukan
(KTI 2.1.8) Menyanyi lagu dengan iringan muzik.
(PFK 3.2.3) Mengenal jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat.
Objektif:
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ;
1.    Boleh memberi  respon terhadap lagu yang dinyanyikan.
2.    Boleh membaca  2 daripada 4 ayat tunggal yang mudah dengan  dengan  bimbingan
3.    Boleh menyalin 2 daripada 4 ayat tunggal yang mudah dengan cara yang betul.
Perbendaharaan Kata:
1.    Buah
2.    Malaysia
3.    Durian
4.    Duku
5.    Langsat
6.    Manggis
7.    Ciku
8.    rambutan
Bahan Bantu Mengajar:
1.    LCD
2.    Pembesar suara
3.    Persembahan Media (Power Point)
4.    Komputer
5.    Lampiran kerja
6.    Model buah-buahan
Nilai:
1.    Bertanggungjawab
2.    Toleransi
3.    Berani
4.    Bekerjasama
5.    Hemah tinggi.
KBKK:
1.    Menjana Idea
2.    Mengingat kembali
Pendekatan:
1.    Bertema
Kaedah:
1.    Soaljawab
2.    Nyanyian


Pengetahuan sedia ada.
Kanak-kanak pernah  menyanyikan lagu “Buah-buahan Malaysia” dalam pembelajaran dan pengajaran yang lepas.
Masa
Standart pembelajaran
Objektif
Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran
BBM/Catatan
Set Induksi
0810-0815
( 5 minit)
Tunjang yang disepadukan:
PFK 3.2.3
Mengenal jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat
Menarik minat dan perhatian kanak-kanak
Set Induksi
-Guru membawa bakul yang berisi buah-buahan
-Kanak menamakan jenis buah-buahan yang ditunjukkan oleh guru
-Guru bersoaljawab tentang khasiat yang terkandung dalam buah-buahan.
ABM
Model Buah-buahan
Kaedah:
Soaljawab
KBKK:
Menjana idea
Nilai:
-Hemah tinggi
Langkah 1
0815-0825
(10 minit)
Tunjang utama:
(BM1.1.13) Mendengar dan memberi respon terhadap perbualan, permintaan dan lagu.
Tunjang yang disepadukan:
(KTI 2.1.8) Menyanyi lagu dengan iringan muzik
Objektif 1
.Kanak-kanak boleh
memberi  respon terhadap lagu yang dinyanyikan

-Guru menayangkan  slaid 1-lirik lagu “Buah-buahan Malaysia.
-Guru meminta kanak-kanak menyanyikan lagu tersebut dengan jelas dan bersemangat sambil bertepuk tangan.
-Guru meminta kanak-kanak menyenaraikan jenis buah-buahan yang terdapat dalam lirik lagu tersebut.
-slaid 2-Guru meminta kanak-kanak mengeja perkataan  yang dipaparkan pada skrin LCD satu persatu.
BBM:
-LCD
-Pembesar suara
-Persembahan Media ( slaid 1  dan 2)
-Komputer
Kaedah:
Nyanyian
Sumbangsaran
KBKK
Menjana idea
Nilai
-Hemah Tinggi
Langkah 2
0825-0837
(12 minit)
Tujang utama:
(BM3.7.2) Membaca ayat tunggal yang mudah dengan sebutan yang betul.

Objektif: 2
Boleh membaca 2 daripada 4 ayat tunggal yang mudah dengan bimbingan.

Slaid 3
-Guru membimbing murid   membaca sambil mengeja   ayat diskrin LCD satu demi satu.
-Guru meminta beberapa orang kanak-kanak membimbing rakan  membaca ayat  tunggal yang mudah di skrin LCD

Kaedah:
Tunjuk cara
BBM:
-LCD
-Komputer
-Persembahan media slaid-3
Nilai:
-Berani
-Bertoleransi
-Bekerjasama
Langkah 3
0837-0847
(10 minit )
Tunjang utama
(BM 4.2.7) Menyalin ayat dengan cara yang betul

Objektif : 3
Boleh menyalin 2 daripada 4 ayat tunggal yang mudah dengan cara yang betul.

-Guru mengedarkan lampiran kerja.
-Kanak-kanak menyalin semula dengan cara yang betul.
-Guru membimbing kanak-kanak yang lemah menulis ayat dengan cara yang betul.

BBM
-Lampiran Kerja
Nilai
-Bekerjasama

Penutup
0847-0850
( 3 minit)
Penutup
Tunjang yang disepadukan:
(KTI 2.1.8) Menyanyi lagu dengan iringan muzik

Menyanyi semula lagu dengan iringan muzik.

Menjawab teka-teki

-Guru meminta kanak-kanak yang belum sempat menyiapkan tugasan hendaklah menyiapkan tugasan tersebut di rumah.
-Guru meminta kanak-kanak menyanyikan semula lagu “Buah-buahan Malaysia secara beramai-ramai.
-Guru membaca pantun teka-teka dan meminta kanak-kanak menjawab teka-teki tersebut.
BBM:
-LCD
-Pembesar suara
-Komputer
Kaedah:
Nyanyian
Nilai: Berani



Selamat Datang Ke Blog Emas Ayu Tuah

Saya mengalu alukan kedatangan anda ke Blog ini. Sertai saya di blog ini. Beri apa - apa komen anda asalakan dapat membantu dapat memperkembangkan blog ini.

Thursday, October 18, 2012

Sekalung Penghargaan

Selamat Datang ke Blog Prasekolah SK Bukit Kinyau. Untuk pengetahuan semua blog ini mula dibangunkan pada oktober 2012 .Blog ini adalah untuk tatapan umum. Tersedianya blog ini kerana kesedaran untuk berkongsi ilmu , keceriaan dan apa jua aktiviti yang di adakan di Prasekolah SK Bukit Kinyau. Sesiapa sahaja yang bertandang ke blog ini bolehlah memberi komen dan pendapat masing - masing berkenaan apa jua yang ditayangkan di blog ini. Jutaan Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang memberi pandangan mereka berkenaan paparan di blog ini.