Friday, November 30, 2012

Bagaimana membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca dengan cepat.



KOSA KATA DALAM MODUL TERAS BAHASA MALAYSIA   PRASEKOLAH.
Anda berasa risau kerana anak-anak  atau murid anda tidak tahu membaca walaupun sudah berusia enam tahun.  Ini bermakna anda mempunyai masa 1 tahun untuk memastikan mereka boleh membaca sebelum mereka memasuki aliran perdana.

Lihat kosa kata di dalam "post" yang seterusnya, kosa kata tersebut merupakan contoh kosa kata yang seharusnya dikuasai oleh murid-murid prasekolah sebelum mereka melangkah masuk ke tahun  1.

kosa kata ini  boleh disediakan dalam bentuk buku atau kad suku kata untuk melatih kanak-kanak membaca berdasarkan aras ansur maju.

Untuk mengajar kemahiran membaca kanak-kanak tidak semestinya telah menguasai abjab a-z. Ini kerana pembacaan yang dilakukan secara berulang dan latih tubi akan membuatkan mereka lebih senang mengingat sesuatu huruf tertentu berdasarkan penggunaannya dalam suku kata yang dipelajari.

Pastikan kanak-kanak sudah mengenali dan tahu membunyikan huruf vokal (a,e,i,o,u) Ini bagi memudahkan mereka membunyikan suku kata yang akan dipelajari.

Setiap suku kata boleh diperkenalkan secara berperingkat mengikut aras murid-murid. Bagi saya ,saya akan perkenalkan 10 perkataan dalam seminggu. Setiap hari peruntukkan 5 minit untuk membaca 10  perkataan secara berulang. Bimbingan rakan sebaya merupakan kaedah yang berkesan. Kanak-kanak yang telah menguasai diberi pengiktirafan untuk membimbing rakan-rakan, dan kanak-kanak yang berada dalam proses sedang dan belum menguasai akan bersaing untuk mendapat pengiktirafan tersebut.

 

4 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih.. alangkah baiknya jika sy berpeluang meneruskan pengajian dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.

      Delete
  2. saya sangat berminat dan bersetuju dengan maklumat yang dikongsikan oleh cikgu. Sering kali guru prasekolah dipersalahkan kerana menyumbang kegagalan bagi anak murid untuk menguasai kosa kata, khasnya dalam soal LINUS sedangkan kanak-kanak mempunyai tahap penguasaan yang berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chin...itulah adalah lumrah,yang penting kita telah tunaikan tanggungjawab kita, sekiranya berlakunya kekurangan selepas itu, itu adalah tanggungjawab pihak yang seterusnya.

      Delete