Sunday, November 25, 2012

Kenali Kanak-kanak Prasekolah


Siapa kanak-kanak prasekolah?
Sudahkah anda mengenali mereka?, jika belum…. anda boleh dapatkan maklumat ini bagi mengenali mereka  secara lebih dekat lagi.
Kanak-kanak prasekolah adalah mereka yanag berumur antara 4-6 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak suka meneroka, ingin tahu dan masih di alam fantasi. Sebagai guru, ibu bapa ataupun siapa sahaja perlu arif mengenai sifat kanak-kanak peringkat prasekolah ini.

Pendapat Tokoh Perkembangan Kanak-kanak .
Mengikut Kohn(1998), kanak-kanak pada peringkat prasekolah ialah individu yang aktif dan mengalami proses pembelajaran yang boleh dilihat daripada 10 aspek personaliti utama iaitu;

1)      Pertama

Secara semula jadi kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu, bersifat egosentrik, belajar dengan cara meniru kelakuan orang lain dan ingin memahami perkara yang baru dilihat.

Kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu kepada perkara yang dilihat dan disentuh dan mereka bertanya mengenai perkara yang dilihat itu seperti manusia, binatang dan benda-benda fizikal. Mereka ingin  mengetahui siapa, apa dan bagaimana benda itu dibuat. Pada peringkat awal mereka tidak mengetahui mengenai benda itu daripada segi sebab dan musabab. Mereka suka melihat aksi perlawanan dengan mengandaikannya sebagi perkara magis. Mereka sentiasa menanyakan soalan “siapa orang jahat itu”?,” kenapa dia pukul kawan dia” dan “apa dia buat dengan pistol itu?”. Perkara ini berlaku kerana mereka ingin mencari sebab ataupun kaitan antara satu perkara dengan perkara yang lain. Mengikut terapi Adlerian, perasaan ini menerangkan manusia dimotivasikan oleh minat sosial dan mereka cuba, membentuk matlamat hidup pada masa depan.

2)      Kedua
Kanak-kanak memerlukan gerakan yang luas menggunakan psikomotor kasar. Kanak-kanak yang sihat sentiasa aktif, mereka suka bergerak ke merata-rata tempat dan melakukan pelbagai aktiviti seperti melompat, berlari, mengambil benda dari merata-rata tempat, makan, menangis,ketawa, menanyakan soalan dan lain-lain. Perkara ini semulajadi bagi kanak-kanak. Bayi yang hanya duduk dan tidak pernah cuba berjalan tidak dapat membentuk kaki yang kuat. Kanak-kanak yang tidak pernah makan buah limau tidak merasai rasa masam.Tumpuan kanak-kanak pada setiap perkara yang dilakukan oleh mereka hanya sedikit apabila dibandingkan dengan akktiviti bermain dengan permainan yang diminati. Ini menyebabkab orang dewasa merungut kerana kanak-kanak juga akan membuat bising apabila terlalu leka bermain dengan  perkara yang diminati oleh mereka itu. Keinginan mendapatkan gerakan yang lebih luas di kaitkan dengan terapi tingkah laku dan ia mempunyai hubungan dengan pembelajaran. Manusia diandaikan sebagai produk persekitaran yang membentuk tingkah laku kanak-kanak itu.
3)      Ketiga

Kanak-kanak belajar melakukan sendiri atau berdikari. Apabila kanak-kanak memiliki pengalaman membuat perkara sebelum kita menerangkan kepada mereka sebenarnaya memberi makna yang berkesan, berdasarkan penagalaman yang sudah mereka lalui. Kanak-kanak belajar ketika  bermain dan mereka meniru aksi yang dilakukan  berdasarkan cerita yang dilihatnya. Seperti ‘Ultraman’ dan ‘Robocop’. Apabila berada di taman kanak-kanak, mereka cuba melakukan aktiviti dan perbuatan daripada gerakan badan dan sebagainya seperti orang dewasa. Mengikut terapi pemusatan pengorangan(person-centred), menusia mempunyai potensi menyedari perkara-perkara yang dialami dengan sendiri dan cuba menyelesaikan masalah itu.

Kanak-kanak suka melakukan kajian mengenai perkara yang dilihat. Mereka berasa seronok apabila dapat melakukan sesuatu dengan sendirinya. Guru Prasekolah digalakkan melakukan kajian dengan kanak-kanak kerana perkara ini dapat meransang perkembangan kognitif ataupun minda kanak-kanak.

4)      Keempat

Kanak-kanak belajar melalui bermain pengalaman yang diulangi atau demontrasi contohnya mereka memahami konsep angin. Mereka melihat angin yang meniup pokok, berasa angin daripada kipas, meniup dengan menggunakan straw dan membuat gelembung angin. Mereka melakukan aktiviti ini berulang kali sehingga berpuas hati. Aapabila dikaitkan dengan terapi tingkah laku, aktiviti belajar cara ini dilakukan dengan pengukuhan dan imitasi. Aktiviti ini akan menghasilkan kaedah belajar yang efektif dengan menggunakan imaginasi apabila sentiasa diulangi.

5)      Kelima

Pengalaman kanak-kanak  terhad iaitu bergantung pada persekitaran. Mereka hanya dapat melihat sedikit sahaja perkara yang berlaku di luar daripada rumah. Mereka hanya mengenali dan mengetahui bilangan ahli keluarga  sahaja seperti ibu, ayah, datuk dan benda-benda yang berada disekeliling rumah. Bagi kanak-kanak yang tinggal di pendalaman pula, mereka mungkin tidak mengetahui dan mengetahui keadaan laut dan pantai. Oleh kerana pengalaman kanak-kanak begitu terhad, kaedah terapi eksistensialis menyusul orang dewasa supaya membantu kanak-kanak mengenal pasti  perkara-perkara yang menyekat kebebasan mereka bagi membantu mereka mencari pengalaman dengan lebih luas.

6)      Keenam

Kanak-kanak bersifat egosentrik. Kanak-kanak melihat perkara secara egosentrik iaitu berdasarkan pemerhatian yang berhubung dengan dirinya sendiri. Contohnya “hujan membuat aku basah” dan “Kereta api  membawa aku nanti”. Mereka tidak memikirkan  mengenai hujan yang turun membasahi sesiapa sahaja dan kereta api membawa sesiapa sahaja ataupun tidak. Guru prasekolah boleh mengaplikasi terapi Gestalt bagi membantu kanak-kanak membuat interprestasi supaya lebih bermakna.

7)      Ketujuh

Kanak-kanak melalui masa yang ditentukan sebelum mereka bersedia mengikut perkembangan. Kanak-kanak menunjukkan persediaan menghadapi perkembangan apabila mereka sudah melalui masa yang ditentukan iaitu ketika mereka mula belajar duduk, merangkak dan berjalan. Fasa ini penting kerana ia memberi kesan kepada perkembangan persekitaran kanak-kanak itu pada masa depan.

8)      Kelapan

Cara konsep memerlukan perkembangan bahasa. Apabila kanak-kanak mengenali dan mengetahui perkara yang baru bagi dirinya mereka cuba menggunakannya. Sebagai contoh mereka mengetahui nama ‘segi empat tepat’ mereka mula menggunakan nama itu secara kerap walaupun kepada benda-benda lain. Tanpa mengetahui perkataan itu mereka mungkin tidak boleh memberi tumpuan kepada benda yang mempunyai bentuk segi empat. Apabila mereka mula membuat pemerhatian, mereka ingin mengetahui nama benda-benda lain pula.

9)      Kesembilan

Cara berfikir kanak-kanak dengan oranag dewasa berbeza iaitu kanak-kanak mula berfikir bagaimana maklumat dapat digabungkan, tetapi mereka tidak mampu melakukannya sendiri. Pertalian yang dilakukan dan konsep yang dibina oleh kanak-kanak berbeza dengan apa yang dilakukan oleh orang dewasa.

10)   Kesepuluh.

Perkembangan kanak-kanak berbeza iaitu setiap kanak-kanak berbeza antara satau sama lain. Perkembangannya mengikut fasa-fasa yang ditentukan seperti yang dikemukakan oleh Piaget(1953), Kohlberg (1998) dan Erikson (1963).

Sumber: Dr. Shahizan Hasan dan Ahmad Shahabudin Che Noh(2006) Panduan Merancang Aktiviti Prasekolah. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

 

 

No comments:

Post a Comment