Tuesday, December 11, 2012

Kosa Kata Modul Bertema Bahasa Malaysia


Kosa kata bertema Bahasa Malaysia Prasekolah adalah berdasarkan Web tema yang telah dirancang.

Namun begitu bagi saya, kita tidak perlu fokus terlalu banyak kosa kata , cukup sekadar 10 suku kata dalam seminggu. Ini kerana dalam web tema ianya harus selari dengan tunjang-tunjang yang lain terutama untuk tunjang Bahasa Inggeris.

Tema-tema juga ditentukan berdasarkan persekitaran murid dan perkaitannya dengan pengetahuan sedia ada mereka.

Sepertimana dalam  modul teras, teknik dan proses penguasaan sesuatu kosa kata  dalam modul bertema juga adalah berdasarkan bacaan  latih tubi dan suku kata yang hendak diperkenalkan sebaik-baiknya digabungkan dengan teknik bergambar bagi memudahkan kanak-kanak mem buat perkaitan.

Contoh kosa kata berdasarkan tema;

Tema : Anggota Badan

(mata, kuku, hidung,kaki,tangan, telinga, kepala, rambut, dagu, lidah, jari, kening, pinggang, paha, dada,lutut)

Tema: Keluarga Saya

(bapa, emak, abang, adik, kakak,nenek,datuk )

Tema:Alat  tulis

(pensel,buku, pemadam, pembaris, beg, bekas pensel, pensel warna, kertas,pen, marker)

Tema: Sayur-sayuran

(kobis, sawi, kangkung, kacang panjang, bendi, tomato, bawang merah, bawang putih, terung, kentang)

Tema: Buah-buahan

(rambutan, durian, langsat, duku, betik, mangga,limau, kelapa, pisang, manggis, oren,mata kucing, anggur,epal,strawberi,nona)

Tema: Bunga-bungaan

(bun ga raya, bunga ros, bunga dahlia, bunga rajawali, bunga teratai, bunga kertas, bunga matahari)

Tema : Kelas Saya

(meja, kerusi, papan tulis, kipas, bakul sampah, pemadam papan tulis, papan putih, papan notis, jadual waktu, penyapu, almari, meja guru, buku, carta)

Tema : Sekolah Saya

(bilik guru, dewan, tandas,kelas, padang,perpustakaan, makmak komputer, kantin, pusat sumber, makmal sains, surau, rumah guru, taman permainan, kelas prasekolah, astaka, pentas)
 
 

 

Friday, November 30, 2012

Kosa kata Bahasa Malaysia Prasekolah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

 
CONTOH KOSA KATA PRASEKOLAH (BAHASA MALAYSIA)

Dua suku kata terbuka (VKV)

apa,ini, itu, ibu, ubi,api, ela,isi, aku

Dua suku kata terbuka (KVKV)

baju,biru,buku,baca, baru,bahu,batu, bola,buta,bapa,ciku,cuti,cuka, dadu,
dagu,dahi,dada,daki,duku,duri,feri,gigi,guni,gula,guru,gila,hati,hari,jari,jala,kaki,kuku,kuda
,kiri,kota,kera, lari,lama,lagu,luka, lima, lori,mata,mama,muka,masa,nasi, paku,
pasu,rusa,raja,roti,raga,susu,siku,satu,sudu, sapu

Tiga suku kata terbuka (KVKVKV)

berudu,cerita,dahaga,jelita,keladi,kereta,kerusi,kepala, kelapa,lelaki,mereka, petola, Selasa,tomato, tetamu.

Satu suku kata tertutup (KVK)

bot,bil,cat,cop,cap,gam,gas,gol,jam,jet,jus,kek, kot,lap,mop,pen,pin,pam,tin van,zip

Dua suku kata tertutup (KVKKVK)

Bantal,banjir,sambal, sampah, kertas.

Suku kata terbuka dan tertutup (VKVK)

ayam,awan,asap,atap,anak,adik,itik,ikan,ubat,ular,emak,enam,epal,ekor,esok,

Suku kata terbuka dan tertutup (KVKVK)

badak,budak,bakul,besar,bulat,botak,bulan,basah,belon,cicak,cawan,dadah,dodol,dapur,dusun,demam,dekat,darah,
datuk,filem,gajah,gemuk,gelas,getah,garam,hitam,hutan,hujan,jarum,jalan,johan,katil,kurus,kapal
,kipas,kapak,kolam,ketam,kelas,kasut,kapas,kobis,lapan,lipan,lilin,lipas,leher,lalat,lipat,mulut,masin,mudah,
minum,malas,makan,marah,nanas,nenek,pokok,panas,rajin,sakit,sikat,siput,sirap

Suku kata terbuka dan tertutup( KVKKV )

henti,bantu,jumpa

Vocal berganding (KVVK)

Kuih,lauk,laut,naik,baik,paip,siap,buat,suap,buah,paus,haus,luas


Ø  Bagi memudahkan guru memperkenalkan sesuatu perkataan  sila buat semua perkataan di atas dalam bentuk kad-kad perkataan (berdasarkan pemecahan suku kata). Ini memudahkan guru mengajar mengikut aras pengetahuan individu. Bagi saya, saya petik kosa kata daripada program LINUS(literasi) ini dapat membantu kanak-kanak dalam peguasaan suku kata yang lebih meluas.
 




TIP MENGAJAR KEMAHIRAN MEMBACA


TIP KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS PERLU DIJALANKAN SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG.

·         Perkenalkan murid dengan huruf vokal dan bunyi vocal terlebih dahulu.

·         Gabungkan vkcal dengan huruf konsonan mengikut aras keutamaan contoh KV (ba, be,be,bi,bo,bu) ketepikan huruf konsonan yang jarang digunakan seperti x dan q.

·         Perkenalkan suku kata VKV (selama 1 minggu) peruntukan 5 minit setiap hari untuk latihan membaca secara latih tubi.

·         Tulis suku kata VKV dalam buku garis tiga. Latih murid  membaca sambil menulis.

·         Hari yang terakhir  contohnya jika suku kata diperkenalkan  pada hari Isnin ,guru-guru boleh menguji murid pada hari Jumaat. Uji murid dengan menulis suku kata yang telah dipelajari di dalam buku garis tiga dengan kaedah guru sebut murid eja dan tulis.

·         Kenal pasti perkataan yang paling kerap menimbulkan kekeliruan di kalangan murid-murid.

·         Beri peneguhan pada perkataan yang agak sukar untuk diingat.

·         Bahagikan jumlah perkataan mengikut kesesuaian dan aras pengetahuan murid agar perkataan yang diperkenalkan dapat diingat.

·         Kaedah yang sama boleh digunakan untuk suku kata yang lain sehinggalah kepada suku kata vocal berganding.

·         Kaedah ini telah saya praktikan di kelas saya selama 4 tahun. Ternyata ia membuahkan hasil. Murid saya semuanya berumur 5+. Saya Cuma mempunyai masa selama setahun untuk membimbing mereka menguasai kemahiran membaca dan menulis. Kebiasaan nya dalam bulan Jun ampir 60% kanak-kanak boleh membaca ayat mudah. Baki yang tertinggal sebanyak 40% haruslah diberi bimbingan secara intensif  sebelum berakhirnya bulan November. Dengan adanya kaedah yang berkesan kita pasti dapat membenteras buta huruf sebelum mereka memasuki kelas perdana.

·         Untuk kanak-kanak autisme , lembam atau berkeperluan khas, masa satu tahun adalah tidak mencukupi bagi membimbing mereka seperti mana kanak-kanak normal yang lain.

Bagaimana membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca dengan cepat.



KOSA KATA DALAM MODUL TERAS BAHASA MALAYSIA   PRASEKOLAH.
Anda berasa risau kerana anak-anak  atau murid anda tidak tahu membaca walaupun sudah berusia enam tahun.  Ini bermakna anda mempunyai masa 1 tahun untuk memastikan mereka boleh membaca sebelum mereka memasuki aliran perdana.

Lihat kosa kata di dalam "post" yang seterusnya, kosa kata tersebut merupakan contoh kosa kata yang seharusnya dikuasai oleh murid-murid prasekolah sebelum mereka melangkah masuk ke tahun  1.

kosa kata ini  boleh disediakan dalam bentuk buku atau kad suku kata untuk melatih kanak-kanak membaca berdasarkan aras ansur maju.

Untuk mengajar kemahiran membaca kanak-kanak tidak semestinya telah menguasai abjab a-z. Ini kerana pembacaan yang dilakukan secara berulang dan latih tubi akan membuatkan mereka lebih senang mengingat sesuatu huruf tertentu berdasarkan penggunaannya dalam suku kata yang dipelajari.

Pastikan kanak-kanak sudah mengenali dan tahu membunyikan huruf vokal (a,e,i,o,u) Ini bagi memudahkan mereka membunyikan suku kata yang akan dipelajari.

Setiap suku kata boleh diperkenalkan secara berperingkat mengikut aras murid-murid. Bagi saya ,saya akan perkenalkan 10 perkataan dalam seminggu. Setiap hari peruntukkan 5 minit untuk membaca 10  perkataan secara berulang. Bimbingan rakan sebaya merupakan kaedah yang berkesan. Kanak-kanak yang telah menguasai diberi pengiktirafan untuk membimbing rakan-rakan, dan kanak-kanak yang berada dalam proses sedang dan belum menguasai akan bersaing untuk mendapat pengiktirafan tersebut.

 

Sunday, November 25, 2012

Kenali Kanak-kanak Prasekolah


Siapa kanak-kanak prasekolah?
Sudahkah anda mengenali mereka?, jika belum…. anda boleh dapatkan maklumat ini bagi mengenali mereka  secara lebih dekat lagi.
Kanak-kanak prasekolah adalah mereka yanag berumur antara 4-6 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak suka meneroka, ingin tahu dan masih di alam fantasi. Sebagai guru, ibu bapa ataupun siapa sahaja perlu arif mengenai sifat kanak-kanak peringkat prasekolah ini.

Pendapat Tokoh Perkembangan Kanak-kanak .
Mengikut Kohn(1998), kanak-kanak pada peringkat prasekolah ialah individu yang aktif dan mengalami proses pembelajaran yang boleh dilihat daripada 10 aspek personaliti utama iaitu;

1)      Pertama

Secara semula jadi kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu, bersifat egosentrik, belajar dengan cara meniru kelakuan orang lain dan ingin memahami perkara yang baru dilihat.

Kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu kepada perkara yang dilihat dan disentuh dan mereka bertanya mengenai perkara yang dilihat itu seperti manusia, binatang dan benda-benda fizikal. Mereka ingin  mengetahui siapa, apa dan bagaimana benda itu dibuat. Pada peringkat awal mereka tidak mengetahui mengenai benda itu daripada segi sebab dan musabab. Mereka suka melihat aksi perlawanan dengan mengandaikannya sebagi perkara magis. Mereka sentiasa menanyakan soalan “siapa orang jahat itu”?,” kenapa dia pukul kawan dia” dan “apa dia buat dengan pistol itu?”. Perkara ini berlaku kerana mereka ingin mencari sebab ataupun kaitan antara satu perkara dengan perkara yang lain. Mengikut terapi Adlerian, perasaan ini menerangkan manusia dimotivasikan oleh minat sosial dan mereka cuba, membentuk matlamat hidup pada masa depan.

2)      Kedua
Kanak-kanak memerlukan gerakan yang luas menggunakan psikomotor kasar. Kanak-kanak yang sihat sentiasa aktif, mereka suka bergerak ke merata-rata tempat dan melakukan pelbagai aktiviti seperti melompat, berlari, mengambil benda dari merata-rata tempat, makan, menangis,ketawa, menanyakan soalan dan lain-lain. Perkara ini semulajadi bagi kanak-kanak. Bayi yang hanya duduk dan tidak pernah cuba berjalan tidak dapat membentuk kaki yang kuat. Kanak-kanak yang tidak pernah makan buah limau tidak merasai rasa masam.Tumpuan kanak-kanak pada setiap perkara yang dilakukan oleh mereka hanya sedikit apabila dibandingkan dengan akktiviti bermain dengan permainan yang diminati. Ini menyebabkab orang dewasa merungut kerana kanak-kanak juga akan membuat bising apabila terlalu leka bermain dengan  perkara yang diminati oleh mereka itu. Keinginan mendapatkan gerakan yang lebih luas di kaitkan dengan terapi tingkah laku dan ia mempunyai hubungan dengan pembelajaran. Manusia diandaikan sebagai produk persekitaran yang membentuk tingkah laku kanak-kanak itu.
3)      Ketiga

Kanak-kanak belajar melakukan sendiri atau berdikari. Apabila kanak-kanak memiliki pengalaman membuat perkara sebelum kita menerangkan kepada mereka sebenarnaya memberi makna yang berkesan, berdasarkan penagalaman yang sudah mereka lalui. Kanak-kanak belajar ketika  bermain dan mereka meniru aksi yang dilakukan  berdasarkan cerita yang dilihatnya. Seperti ‘Ultraman’ dan ‘Robocop’. Apabila berada di taman kanak-kanak, mereka cuba melakukan aktiviti dan perbuatan daripada gerakan badan dan sebagainya seperti orang dewasa. Mengikut terapi pemusatan pengorangan(person-centred), menusia mempunyai potensi menyedari perkara-perkara yang dialami dengan sendiri dan cuba menyelesaikan masalah itu.

Kanak-kanak suka melakukan kajian mengenai perkara yang dilihat. Mereka berasa seronok apabila dapat melakukan sesuatu dengan sendirinya. Guru Prasekolah digalakkan melakukan kajian dengan kanak-kanak kerana perkara ini dapat meransang perkembangan kognitif ataupun minda kanak-kanak.

4)      Keempat

Kanak-kanak belajar melalui bermain pengalaman yang diulangi atau demontrasi contohnya mereka memahami konsep angin. Mereka melihat angin yang meniup pokok, berasa angin daripada kipas, meniup dengan menggunakan straw dan membuat gelembung angin. Mereka melakukan aktiviti ini berulang kali sehingga berpuas hati. Aapabila dikaitkan dengan terapi tingkah laku, aktiviti belajar cara ini dilakukan dengan pengukuhan dan imitasi. Aktiviti ini akan menghasilkan kaedah belajar yang efektif dengan menggunakan imaginasi apabila sentiasa diulangi.

5)      Kelima

Pengalaman kanak-kanak  terhad iaitu bergantung pada persekitaran. Mereka hanya dapat melihat sedikit sahaja perkara yang berlaku di luar daripada rumah. Mereka hanya mengenali dan mengetahui bilangan ahli keluarga  sahaja seperti ibu, ayah, datuk dan benda-benda yang berada disekeliling rumah. Bagi kanak-kanak yang tinggal di pendalaman pula, mereka mungkin tidak mengetahui dan mengetahui keadaan laut dan pantai. Oleh kerana pengalaman kanak-kanak begitu terhad, kaedah terapi eksistensialis menyusul orang dewasa supaya membantu kanak-kanak mengenal pasti  perkara-perkara yang menyekat kebebasan mereka bagi membantu mereka mencari pengalaman dengan lebih luas.

6)      Keenam

Kanak-kanak bersifat egosentrik. Kanak-kanak melihat perkara secara egosentrik iaitu berdasarkan pemerhatian yang berhubung dengan dirinya sendiri. Contohnya “hujan membuat aku basah” dan “Kereta api  membawa aku nanti”. Mereka tidak memikirkan  mengenai hujan yang turun membasahi sesiapa sahaja dan kereta api membawa sesiapa sahaja ataupun tidak. Guru prasekolah boleh mengaplikasi terapi Gestalt bagi membantu kanak-kanak membuat interprestasi supaya lebih bermakna.

7)      Ketujuh

Kanak-kanak melalui masa yang ditentukan sebelum mereka bersedia mengikut perkembangan. Kanak-kanak menunjukkan persediaan menghadapi perkembangan apabila mereka sudah melalui masa yang ditentukan iaitu ketika mereka mula belajar duduk, merangkak dan berjalan. Fasa ini penting kerana ia memberi kesan kepada perkembangan persekitaran kanak-kanak itu pada masa depan.

8)      Kelapan

Cara konsep memerlukan perkembangan bahasa. Apabila kanak-kanak mengenali dan mengetahui perkara yang baru bagi dirinya mereka cuba menggunakannya. Sebagai contoh mereka mengetahui nama ‘segi empat tepat’ mereka mula menggunakan nama itu secara kerap walaupun kepada benda-benda lain. Tanpa mengetahui perkataan itu mereka mungkin tidak boleh memberi tumpuan kepada benda yang mempunyai bentuk segi empat. Apabila mereka mula membuat pemerhatian, mereka ingin mengetahui nama benda-benda lain pula.

9)      Kesembilan

Cara berfikir kanak-kanak dengan oranag dewasa berbeza iaitu kanak-kanak mula berfikir bagaimana maklumat dapat digabungkan, tetapi mereka tidak mampu melakukannya sendiri. Pertalian yang dilakukan dan konsep yang dibina oleh kanak-kanak berbeza dengan apa yang dilakukan oleh orang dewasa.

10)   Kesepuluh.

Perkembangan kanak-kanak berbeza iaitu setiap kanak-kanak berbeza antara satau sama lain. Perkembangannya mengikut fasa-fasa yang ditentukan seperti yang dikemukakan oleh Piaget(1953), Kohlberg (1998) dan Erikson (1963).

Sumber: Dr. Shahizan Hasan dan Ahmad Shahabudin Che Noh(2006) Panduan Merancang Aktiviti Prasekolah. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

 

 

Monday, November 5, 2012

Aktiviti Sepanjang Tahun 2012


Prasekolah S.K Bukit Kinyau telah banyak menjalankan aktiviti sepanjang tahun ini antaranya ialah;
1.                                       Perjumpaan Bersama Waris
2.                                       Bengkel Pendidikan Prasekolah untuk Ibu/bapa
3.                                       Sukan Tahunan Prasekolah
4.                                       Hari Permuafakan Prasekolah
5.                                       Karnival Prasekolah Peringkat Daerah
6.                                       Hari Penganugerahan  Kanak-kanak Prasekolah
Perjumpaan bersama waris telah diadakan pada awal sesi persekolahan iaitu  pada 5 Januari 2012. Perjumpaan ini dilakukan  bagi melantik AJK Permuafakatan Prasekolah. Disamping itu juga perjumpaan ini sedikit sebanyak akan memberikan pendedahan kepada ibu bapa tentang corak pendidikan di prasekolah .
Bengkel Pendidikan Prasekolah telah diadakan pada   29 Jun 2012. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang kaedah-kaedah yang perlu dipraktikkan di rumah untuk membantu kanak-kanak menguasai kemahiran 3M dengan lebih cepat.
Kebanyakkan aktiviti yang di rancang  adalah menjurus kepada aktiviti permuafakatan  bersama ibu/bapa  kearah memperkembangkan lagi potensi kanak-kanak dalam bidang kognitif, efektif , kerohanian dan psikomotor
Karnival Prasekolah dan  Karnival  Bijak Prasekolah merupakan aktiviti Pertandingan  di antara seluruh prasekolah peringkat daerah atau bahagian yang akan berlansung pada 29. Oktober 2012 ia bertujuan untuk mencungkil bakat  dan kecerdasan  akal kanak-kanak disamping meningkatkan keupayaan mereka berinteraksi dikhalayak ramai. Di  sana juga mereka berpeluang  untuk berinteraksi dengan rakan-rakan disekolah yang lain.
Menyentuh mengenai  sukan  ia merupakan acara tahunan yang telahpun berlansung pada 14 Oktober 2012 lalu . Sukan ini bertujuan untuk mendedahkan murid kepada aktiviti kecergasan fizikal  disamping  Dapat mengeratkan hubungan bersama warga sekolah dan ibu-bapa.
Sementara untuk Mari Penganugerahan (Konvokesyen )  akan diadakan pada 7 November 2012  ia merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh semua kanak-kanak prasekolah kerana ia bertujuan    meraikan kejayaan kanak-kanak di akhir sesi persekolahan.
UNTUK ITU SELAMAT BERJAYA ANAK DIDIKKU………………….

Friday, November 2, 2012

Deklamasi Sajak 1 Malaysia

Wednesday, October 31, 2012

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Guru

Monday, October 22, 2012

Pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia Komunikasi Prasekolah.



Pengenalan:
Salam 1 Malaysia. Blog ini akan memuatkan  satu topic dalam  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia Komunikasi Prasekolah. Topik yang menjadi pilihan saya di sini ialah Buah-buahan Malaysia. Sila klik menu P & P untuk paparan yang seterusnya.

 

Menu:
1.       Rancangan Mengajar Harian pendekatan bertema (Buah-buahan)
2.       Bahan bantu mengajar Power Point (Buah-buahan Malaysia)
3.       Lagu Bertema Buah-buahan.
4.       Gambar aktiviti pembelajaran dan pengajaran prasekolah.
5.       Video aktiviti seni berbahasa
Definisi Pembelajaran.
Pembelajaran merupakan satu  proses perubahan tingkah laku terhadap sesuatu perkara yang baru atau penghasilan tindak balas yang baru yang mampu dikekalkan oleh seseorang .
Di sini dikemukakan  dua definisi berdasarkan dua pendapat tokoh;
Robert M.Gagne (1970) dalam  The Condition Of Learning” . Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh pertumbuhan”
Woolfolk(1980) dalam “ Educational Psychologi for Teaching”. Pembelajaran  dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas baru.

Definisi Pengajaran
Pengajaran merupakan suatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan murid-murid di bawah bimbingannya. Pengajaran merupakan satu aktiviti terancang yang sistematik dan teliti. Terdapat pelbagai kaedah untuk melaksanakan pengajaran agar proses pengajaran yang berlaku dapat memberi bimbingan, menjadi penggalak dan dapat memotivasikan murfid untuk mengambil inisiatif untuk belajar dan mempelajari sesuatu bagi memperolehi ilmu pengetahuan dan mengusai kemahiran.

               
Apa itu Tunjang Bahasa Malaysia Komunikasi Prasekolah.
1.       Bahasa Malaysia merupakan salah satu tunjang komunikasi dalam pendidikan  di prasekolah dan ianya merupakan salah satu tunjang yang wajid dipelajari oleh semua pendidikan prasekolah di Malaysia. Ini kerana semua sukatan pelajaran untuk prasekolah diseluruh kerajaan dan bukan kerajaan menggunakan kurikulum yang sama iaitu Kurikulum Standart Prasekolah kebangsaan yang telah dilaksanakan bermula pada tahun 2010.
2.       Bahasa Malaysia komunikasi merupakan sebahagian daripada modul asas. Secara umumnya modul asas Bahasa Malaysia Komunikasi bertujuan untuk penguasaan literasi awal 4M iaitu membaca menulis mengira dan menaakul.
3.       Mengikut jadual cadangan peruntukkan waktu modul asas bagi Bahasa Malaysia komunikasi ialah 90 minit seminggu untuk semua sekolah. Sementara untuk modul bertema Bahasa Malaysia komunikasi diajar lebih kurang 30% daripada masa pembelajaran dan pengajaran yang merangkumi elemen-eleman dalam keenam-enam tunjang termasuk bahasa, pendidiksn morall dsn mstematik.
4.       Sejak  Kurikulum Standart Prasekolah  Kebangsaan diperkenalkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia Teras dan bertema diajar secara terpisah tetapi tetapi boleh disepadukan dlam proses pembelajaran dan pengajaran. Ini dilakukan bagi memudahkan guru merancang denagn teliti untuk pembelajaran dan pengajaran literasi dengan cara yang lebih berkesan dan sistematik.
5.       Pembelajaran dan pengajaran di kelas prasekolah adalah berdasarkan kepada prinsip Amalan bersesuaian dengan Perkembangan kanak-kanak dan teori pembelajaran kanak-kanak. Terdapat beberapa pendekatan yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran diprasekolah antaranya ialah pendekatan pembelajaran berpusatkan murid,inkuiri penemuan, belajar melalui bermain, pendekatan bertema dan pendekatan bersepadu. Pemilihan aktiviti member keutamaan kepada pengalaman yang menyubuka(enriching),penglibatan aktif (engaging), selamat (safe) dan menyeronokkan (fun)
6.       Fokus utama dalam tunjang komunikasi Bahasa Malaysia ialah menekankan tentang kemahiran berbahasa dan seni bahasa. Kemahiran bahasa terdiri daripada kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Seni bahasa pula merujuk kepada keupayaan murid  mengungkap keindahan bahasa  melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama, sajak, pantun dan bercerita.

DEFINISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Rancangan Mengajar Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH  (BAHASA MALAYSIA BERTEMA)
Tema: Buah-buahan
Tajuk:  Buah-buahan Malaysia
Tarikh    : 28. September .2012
Hari        : Jumaat
Masa     : 40 minit (0830-0910)
Bilangan Kanak-kanak: 16 orang.
Tunjang : Modul bertema Bahasa Malaysia komunikasi
Tunjang Utama:
(BM1.1.13) Mendengar dan memberi respon terhadap perbualan, permintaan dan lagu.
(BM3.7.1) Membaca ayat tunggal yang mudah dengan bimbingan
(BM 4.2.7) Menyalin ayat dengan cara yang betul
Tunjang yang disepadukan
(KTI 2.1.8) Menyanyi lagu dengan iringan muzik.
(PFK 3.2.3) Mengenal jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat.
Objektif:
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ;
1.    Boleh memberi  respon terhadap lagu yang dinyanyikan.
2.    Boleh membaca  2 daripada 4 ayat tunggal yang mudah dengan  dengan  bimbingan
3.    Boleh menyalin 2 daripada 4 ayat tunggal yang mudah dengan cara yang betul.
Perbendaharaan Kata:
1.    Buah
2.    Malaysia
3.    Durian
4.    Duku
5.    Langsat
6.    Manggis
7.    Ciku
8.    rambutan
Bahan Bantu Mengajar:
1.    LCD
2.    Pembesar suara
3.    Persembahan Media (Power Point)
4.    Komputer
5.    Lampiran kerja
6.    Model buah-buahan
Nilai:
1.    Bertanggungjawab
2.    Toleransi
3.    Berani
4.    Bekerjasama
5.    Hemah tinggi.
KBKK:
1.    Menjana Idea
2.    Mengingat kembali
Pendekatan:
1.    Bertema
Kaedah:
1.    Soaljawab
2.    Nyanyian


Pengetahuan sedia ada.
Kanak-kanak pernah  menyanyikan lagu “Buah-buahan Malaysia” dalam pembelajaran dan pengajaran yang lepas.
Masa
Standart pembelajaran
Objektif
Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran
BBM/Catatan
Set Induksi
0810-0815
( 5 minit)
Tunjang yang disepadukan:
PFK 3.2.3
Mengenal jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat
Menarik minat dan perhatian kanak-kanak
Set Induksi
-Guru membawa bakul yang berisi buah-buahan
-Kanak menamakan jenis buah-buahan yang ditunjukkan oleh guru
-Guru bersoaljawab tentang khasiat yang terkandung dalam buah-buahan.
ABM
Model Buah-buahan
Kaedah:
Soaljawab
KBKK:
Menjana idea
Nilai:
-Hemah tinggi
Langkah 1
0815-0825
(10 minit)
Tunjang utama:
(BM1.1.13) Mendengar dan memberi respon terhadap perbualan, permintaan dan lagu.
Tunjang yang disepadukan:
(KTI 2.1.8) Menyanyi lagu dengan iringan muzik
Objektif 1
.Kanak-kanak boleh
memberi  respon terhadap lagu yang dinyanyikan

-Guru menayangkan  slaid 1-lirik lagu “Buah-buahan Malaysia.
-Guru meminta kanak-kanak menyanyikan lagu tersebut dengan jelas dan bersemangat sambil bertepuk tangan.
-Guru meminta kanak-kanak menyenaraikan jenis buah-buahan yang terdapat dalam lirik lagu tersebut.
-slaid 2-Guru meminta kanak-kanak mengeja perkataan  yang dipaparkan pada skrin LCD satu persatu.
BBM:
-LCD
-Pembesar suara
-Persembahan Media ( slaid 1  dan 2)
-Komputer
Kaedah:
Nyanyian
Sumbangsaran
KBKK
Menjana idea
Nilai
-Hemah Tinggi
Langkah 2
0825-0837
(12 minit)
Tujang utama:
(BM3.7.2) Membaca ayat tunggal yang mudah dengan sebutan yang betul.

Objektif: 2
Boleh membaca 2 daripada 4 ayat tunggal yang mudah dengan bimbingan.

Slaid 3
-Guru membimbing murid   membaca sambil mengeja   ayat diskrin LCD satu demi satu.
-Guru meminta beberapa orang kanak-kanak membimbing rakan  membaca ayat  tunggal yang mudah di skrin LCD

Kaedah:
Tunjuk cara
BBM:
-LCD
-Komputer
-Persembahan media slaid-3
Nilai:
-Berani
-Bertoleransi
-Bekerjasama
Langkah 3
0837-0847
(10 minit )
Tunjang utama
(BM 4.2.7) Menyalin ayat dengan cara yang betul

Objektif : 3
Boleh menyalin 2 daripada 4 ayat tunggal yang mudah dengan cara yang betul.

-Guru mengedarkan lampiran kerja.
-Kanak-kanak menyalin semula dengan cara yang betul.
-Guru membimbing kanak-kanak yang lemah menulis ayat dengan cara yang betul.

BBM
-Lampiran Kerja
Nilai
-Bekerjasama

Penutup
0847-0850
( 3 minit)
Penutup
Tunjang yang disepadukan:
(KTI 2.1.8) Menyanyi lagu dengan iringan muzik

Menyanyi semula lagu dengan iringan muzik.

Menjawab teka-teki

-Guru meminta kanak-kanak yang belum sempat menyiapkan tugasan hendaklah menyiapkan tugasan tersebut di rumah.
-Guru meminta kanak-kanak menyanyikan semula lagu “Buah-buahan Malaysia secara beramai-ramai.
-Guru membaca pantun teka-teka dan meminta kanak-kanak menjawab teka-teki tersebut.
BBM:
-LCD
-Pembesar suara
-Komputer
Kaedah:
Nyanyian
Nilai: Berani